ITENERY UMRAH

HARI 1  =  Berkumpul di KLIA 3jam sebelum waktu berlepas.
Setibanya di Madinah jemaah akan dibawa terus ke Hotel.


HARI 2  = solat Subuh di Masjid Nabawi dan menziarahi Habibina Nabi Muhammad S.A.W, Saidina Abu Bakar r.a, dan Saidina Umar r.a dan Seterusnya menziarahi perkuburan Baqi.

HARI 3  = jemaah akan dibawa kesekeliling Bandar Madinah untuk menziarahi Masjid Quba, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh, Kilang Percetakan Al-Quran dan Ladang Qurma. 

HARI 4  = Acara bebas.
**Bersama-sama kita mengejar 5waktu solat di Masjid Nabawi dan mengejar peluang ke Raudhah(antara tempat maqbul doa).

HARI 5  = membuat persediaan untuk bertolak ke Mekah/mengerjakan Umrah. Mandi Sunat Ihram, solat Zuhur berjemaah dan jamak/qasarkan solat Asar di Masjid Nabawi sambil ziarah mohon syafaat. Makan tengah hari, memakai ihram, semua barang akan dimasukan ke dalam kenderaan dan terus dibawa berangkat ke Makkah AL-Mukarramah.
Di dalam perjalanan, Jemaah akan dibawa singgah di Masjid di Bir Ali untuk solat Sunat Ihram dan berniat umrah di miqat. Selepas itu perjalanan ke Mekah akan diteruskan. **Jemaah dinasihatkan perbanyakkan bertalbiah.
Sampai di Mekah, Jemaah akan terus dibawa ke Hotel untuk beristirehat dan makan malam.
kemudian, Jemaah semua akan dibawa ke Masjidil Haram untuk solat Jamak Takhir maghrib/isyak dan menyempurnakan Tawaf serta Saie Umrah yang akan dipimpin oleh mutawwif.

HARI 6  = ziarah Jabal Thur, Jabal Rahmah, Nameirah, Mina Jamarat, Muzdalifah, Jabal Nur dan seterusnya bermiqat di Jaaranah untuk Umrah kedua. Jemaah juga akan dibawa ke tempat bersejarah Masjidil Haram, seperti rumah Rasulullah lahir, Jabal Qubis, Masjid Kucing, Masjid Jin dan Perkuburan Maala(sadatina Khadijah)

HARI 7  = Para Jemaah akan dibawa melawat Ladang Tenusu Unta, Muzium Kaabah dan bermiqat di Hudaibiyah untuk Umrah ketiga.

HARI 8-11  = Acara bebas,
** Jemaah dinasihatkan membuat umrah sekadar termampu dan ikhlas kerana Allah. Dan bagi Jemaah yang berkemampuan,marilah kita sama-sama mengejar untuk berebut pahala di Tanah Suci Mekah ini. Juga dinasihatkan memperbanyakkan solat Taubat, solat Hajat, Istighfar dan Selawat.

HARI 12  = Selepas solat Subuh, jemaah diminta melakukan Tawaf Widak dan bersiap untuk pulang ke Tanah Air.

HARI 13  = Jemaah tiba di KLIA.