Toybah Travel & Tours Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat pengembaraan 100% milik Bumiputera yang dinamik dan berpengalaman luas di dalam menguruskan pakej umrah, serta pelancongan ke destinasi antarabangsa.
Niat suci kami...memberi peluang umat Muslim mengerjakan umrah dan haji pada kadar harga yang mampu...!!
Kekuatan Toybah Travel & Tours Sdn. Bhd. adalah terletak di dalam wawasan serta komitmen kami kepada pelanggan Toybah,serta niat suci untuk memberi peluang kepada orang ramai,khususnya kepada Muslimin dalam mengerjakan umrah dan haji pada kadar harga yang mampu sepanjang tahun.
Toybah Travel & Tours Sdn. Bhd. mempunyai pekerja-pekerja yang terlatih untuk mengendalikan pakej-pakej umrah dan pelancongan ke lain-lain destinasi antarabangsa.Pekerja-pekerja kami kebanyakannya adalah terlatih dalam bidang pelancongan dan berpengalaman untuk mengendalikan jemaah.
AHLI LEMBAGA PENGARAH
Pengarah Urusan
USTAZ HAJI MOHD BADRAN BIN MAHADI
Ustaz Hj Mohd Badran B Mahadi berpengalaman lebih
dari 15 tahun dalam bidang industri Pelancongan dalam negara dan luar negara. Beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Al-Azhar Mesir selama 4tahun dalam bidang Usulluddin.dan menyambung lagi pelajaran ke Negara Syria selama 5tahun,disamping berkerjasama dengan Orient Travel & Tours,Damascus untuk menguruskan jemaah dari Malaysia yang melawat Syria, Jordan, Lebonan, Turki, Mesir, Yaman, Morocco dan seluruh dunia Arab. r.
Selepas beliau pulang ke tanahair,beliau telah berkerjasama dengan ELMONA Travel untuk membuka pejabat wakil di Seremban sebagai Pengurus cawangan untuk mendapatkan pengalaman. Sepanjang beliau bekerja dengan syarikat tersebut, beliau telah berjaya menganjurkan sesi lawatan Jejak Rasul dan Umrah dengan jayanya. Beliau juga berpengalaman menguruskan 500 orang jemaah Haji dari KSB Travel pada tahun 2002 dan 2003 terutamanya dalam urusan Arafah dan Mina.
Beliau mengambil keputusan untuk menubuhkan syarikat pelancongan sendiri pada tahun 2004 selepas beliau berkeyakinan bahawa sektor pelancongan mempunyai masa depan yang cerah untuk berkembang dan menguntungkan.
USTAZAH HJH HANIFAH BT BAHARIN
Ustazah Hajjah Hanifah Bt Baharin juga berpengalaman dalam menguruskan dokumentasi berkaitan dengan Pelancongan. Beliau berkelulusan daripada Universiti Al-Azhar dalam bidang Syariah.
Beliau juga adalah Isteri kepada Ustaz Hj Mohd Badran B Mahadi.
Beliau bertanggungjawab dalam mengendalikan Perakaunan Syarikat. Beliau berkebolehan berbahasa Arab dan disebabkan itu beliau sering ditugaskan untuk mengetuai jemaah Umrah dan Jejak Rasul, Kesimpulannya beliau merupakan tulang belakang kepada Ustaz Badran bagi mengendalikan Toybah Travel dengan jayanya.
Beliau bertanggungjawab dalam mengendalikan Perakaunan Syarikat. Beliau berkebolehan berbahasa Arab dan disebabkan itu beliau sering ditugaskan untuk mengetuai jemaah Umrah dan Jejak Rasul, Kesimpulannya beliau merupakan tulang belakang kepada Ustaz Badran bagi mengendalikan Toybah Travel dengan jayanya.
No comments:
Post a Comment